Tuesday 7 March 2017

Dia Si Jelly-Jelly Hatiku

Cerpen Dia Si Jelly-Jelly Hatiku









       Nama aku Aysabella Lyesa binti Abdul Malik, umur aku baru 21 tahun dan aku baru je habis Diploma dalam bidang Graphic Design di Uitm Puncak Alam. Nak kata aku ni cantik takdalah, tapi adalah iras-iras muka Cinta Laura. Eh, terperasanlah pulak haha.
       “Ma Lyesa nak pergi rumah mak long dulu ok.” Pintaku.
       “Erm, pergilah tapi hati-hati drive to dan jangan lupa kirim salam dekat mak long dengan abang Azyem sekali.” Pinta mama. Ish, tak da orang lain ke mama aku ni nak kirim salam, dengan si jelly tu jugak.
       “Assalamualaikum.” Aku memberi salam sebelum masuk kedalam rumah mak long.
       “Waalaikumusalam, ha Lyesa dah sampai pun kamu.” Ujar mak long sambil bersalaman.
       “Mak long mama kirim salam dekat mak long dengan abang Azyem sekali.” Aku menyampaikan pesan mama.
         Tiba-tiba kami terdengar bunyi enjin kereta memasuki halaman rumah.
       “Ha, tu abang Azyem kamu dah balik pergilah jumpa dia dan jangan lupa sampaikan salam mama kamu kat dia Mak Long nak masuk bilik sekejap.”
 Huh apa Mak Long ni abang Azyem aku dia kata oh please lah. “Hai, Lyesa dah lama sampai?” Soal abang Azyem.
        “Hai, takdalah Lyesa baru je sampai. Abang mama kirim salam.” balasku sambil menyampaikan salam.
         “Waalaikumusalam.”jawabnya sambil tersenyum serta menampakkan lesung pipinya.
         “Oklah Lyesa, Az naik atas nak mandi dulu tau. Nanti kita sambung chit-chat ok.” Eh, alamak gelinya aku dengan si jelly ni.
        “Ha, Lyesa malam ni tidur rumah mak long eh.” Pinta mak long.
        “Erm, Lyesa mana bawa baju lebih mak long.” Ujarku mecari  alasan  supaya aku tidak perlu ikut permintaan mak long untuk aku tidur dirumahnya.
          “Eh, kamu dah lupa ke, baju-baju arwah Aisyya kan ada banyak.” Aisyya Imanie ialah anak angkat mak long umurnya sebaya denganku tapi allah lebih menyayanginya. Dia sudah pergi menghadap ilahir kerana menghidapi penyakit Lukemia tahap terakhir 3 tahun yang lalu.
           “Hurm, yelah mak long Lyesa tidur sini.” Pasrah aku bila mak long suruh aku pakai baju Aisyya.
            “Lyesa nak tidur sini?” soal Abang Azyem.
            “Yelah.” Balasku acuh tak acuh. Malam itu kami makan malam bersama. Mak Long adalah ibu tunggal kerana suaminya iaitu Pak Long telah Meninggal dunia kerana sakit jantung 5 tahun yang lalu. Jadi sekarang hanya Mak Long dan Abang Azyem sahaja yang tinggal dirumah ini.
………………………………..
        “Lyesa.” Mak Long menegurku sewaktu aku sedang berehat di pondok yang berada diluar rumah.
         “Ye, Mak Long ada apa?” Soalku. “Mak Long nak minta tolong sikit boleh?” Pinta Mak Long seraya menyoal. “Mak Long nak minta Lyesa tolong apa?” soalku kembali.
          “Kahwin dengan Abang Azyem.” Ujar Mak Long. Betul ke apa yang aku dengar ni? Aku tak mimpikan? Banyak persoalan yang muncul dalam kepala aku.
         “Mak Long tak berguraukan.” Ujarku meminta kepastian takut aku salah dengar.
         “Tak, Mak Long serious nak Lyesa jadi menantu Mak Long. Lagipun kamu tahukan macam mana perangai Abang Azyem kamu tu kan. Mak Long tak nak dia kawan dengan orang yang bukan-bukan dan terus tersasar dari jadi seorang lelaki. Tolong Mak Long ye Lyesa.” Pinta mak long.
        Mak Long meluahkan segala rasa yang terbuku dihati. Mak Long menggengam tanganku agar aku memahami perasaannya. Aku tak sampai hati tengok Mak Long macam tu. Dia yang besarkan aku sewaktu mama dan papa menetap di UK disaat papa ditugaskan disana sebagai pengurus disebuah hotel. Aku tidak dibawa bersama kerana mereka mahu aku membesar dengan suasana Malaysia. Bila umurku mencecah 13 tahun baru papa dan mama membawa aku bersama ke UK dan bila aku berumur 17 tahun kami sekeluarga pulang semula ke Malaysia.
         Sebelum aku ke UK Abang Azyem masih normal dan bila aku kembali semula kesini aku lihat dia sudah jadi lelaki yang berjiwa lembut seperti seperti lelaki jelly.
         “Lyesa, macam mana kamu setuju?” Soal Mak Long tetapi tiada respon dariku.
         “Lyesa. Kamu setuju tak?” “Ya.” Balasku selepas Mak Long menepuk peha aku sekuat hati. Punyalah sakit macam terkoyak kulit aku rasa.
         “Ya allah   betul ni. Alhamdulillah.” Ujar Mak Long seraya memelukku.
         Aku blur sekejap. Mata aku membulat besar bila aku mengingati apa yang berlaku tadi. Alamak macam mana aku boleh setuju nak kahwin dengan mamat jelly tu. Hancurlah masa depan aku. Bak kata pepatah terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata kena kahwinlah aku jawabnya.
           “Senang hati Mak Long bila Lyesa dah setuju. Hari tu Mak Long ada tanya mama dengan papa Lyesa dan diaorang setuju tapi mereka suruh Mak Long minta persetujuan daripada Lyesa jadi sekarang Lyesa dah setuju Mak Long lega sangat.
…………………………………………………..
            “Mammy nak Azyem kahwin.” Ujar Mak Long setelah aku dan Mak Long masuk kedalam rumah dan duduk diruang tamu sewaktu Abang Azyem sedang menonton tv.
           “Mammy kan kita dah bincang yang Azyem takkan kahwin dengan anak kawan Mammy tu.” Balasnya.
           “Azyem dah janji dengan Mammy kan yang Azyem akan kahwin dengan orang  yang Azyem kenal.” Ujar Mak Long seraya mengingatkan Abang Azyem tentang perjanjian mereka dan aku hanya memerhati berbicangan 2 beranak itu.
            “Ye Azyem ingat abis tu Mammy nak Azyem kahwin dengan siapa? dengan Lyesa ke?” Balas Abang Azyem seraya menyoal.
            “Ye.” Jawab Mak Long dan Abang Azyem terus melopong mendengar kata-kata Mammy nya. Dia segera memandang wajahku meminta kepastian dan aku hanya menganggukkan kepala.
     
          Setelah lama Abang Azyem dan Mammy nya bertegang urat akhirnya Abang Azyem mengalah dan menerima aku sebagai bakal isterinya. Mukanya kelihatan seperti terpaksa.
          Huh, ingat aku ni suka rela ke nak kahwin dengan dia. Ni semua mulut aku punya pasal, kalau tak aku dah tolaklah tapi sebab aku tak sanggup nak hampakan Mak Long pasal tu aku tak membantah
         Seminggu telah berlalu dan sekarang mama dan Mak Long sibuk untuk menyiapkan majlis kami yang hanya tinggal kurang dari sebulan dan aku hanya sibuk kena paksa dengan mama dan Mak Long untuk pergi fitting bajulah, cari cincin kahwinlah, serta cari barang hantaran. Nasib baik aku dan Abang Azyem telah menghadiri khusus kahwin sewaktu kami melanjutkan pelajaran dulu.
          “Lyesa kita makan dululah Az lapar dan penatlah sebab pagi tadi Az tak sempat sarapan sebab bangun lambat.” Ujar Abang Azyem.
          “Okey jom.” Balasku dan kami terus menuju ke restoren berdekatan Pavillion.
          “Kenapa Lyesa setuju nak kahwin dengan Az?” Soalnya.
          “Hurm, alasan yang sama kenapa abang terima untuk kahwin dengan Lyesa.” Balasku.
Setelah kami selesai makan kami mengambil keputusan untuk pulang setelah semua barang yang dicari sudah pun dibeli.
…………………………………….
            “Hayrul Hazyem Bin Haris, aku nikahkan akan dikau dengan anakku Aysabella Lyesa Binti Abdul Malik dengan mas kahwinnya 3000 ribu ringgit dibayar tunai.”
            Dengan sekali lafas aku sah menjadi isteri kepada abang jelly iaitu Abang Azyem. Alamak baru berapa saat bergelar isteri aku dah kutuk suami sendiri.
           “Assalamualaikum Lyesa.” Ucap suamiku. Dengan segera aku mendonggak memandang wajahnya dan dia melemparkan sebuah senyuman yang sangat comel bagi aku. Janganlah tergoda wahai hati.
            Setelah semua majlis berjalan dengan lancar aku dan Abang Azyem dibenarkan berehat dibilik pengantin disaat hampir masuk waktu maghrib. Bilik tidurku di jadikan bilik pengantin dan dihias cantik dengan cadar berwarna pink soft dan diatas comforter ditaburi bunga mawar berwarna merah berbentuk love.
            “Siapa yang hias bilik ni?” Soal Abang Azyem.
            “Lyesa yang hias sendiri.” Balasku.
            “Cantik.” Pujinya sambil melemparkan senyuman yang manis. Alamak asal aku ni dari masa lepas akad nikah tadi asyik puji dia senyuman dia je.
            “Lyesa pergilah mandi dulu lepas tu kita solat maghrib sesama.” Ujarnya dan aku hanya menganggukkan kepala, lalu mengambil tuala dan terus menuju ke bilik mandi untuk membersihkan diri.
          Usai menunaikan solat maghrib berjemaah dia menghulurkan tangan untuk bersalaman dan tanpa melengahkan masa aku terus menyambut tangannya. Disaat aku mencium tangannya, dia mencium ubun-ubunku. Hatiku terasa sesuatu yang asing, terasa seperti berbunga-bunga tapi segera aku tepis sebab aku tidak mahu terlalu awal untuk jatuh cinta sebab takut kecewa.
        Setelah seminggu kami mendirikan rumah tangga Abang Azyem membuat keputusan untuk berpindah dan tinggal dirumah sendiri pada awalnya Mammy melarang tetapi setelah berbincang akhirnya Mammy bersetuju.
        “Ni lah rumah baru kita.” Tunjuk Abang Azyem kepada sebuah panthouse. Kami berdua masuk kedalam rumah serta membawa barang yang kami bawa untuk berpindah.  Rumah itu dilengkap 3 buah bilik dan 1 master room, disetiap bilik disediakan bathroom, 1 bilik wardrop dan dapur yang luas.
         “Lyesa ni bilik kita.” Tunjuknya. Kami memang tinggal sebilik tapi untuk bersama tu masih belum lagi sebab kami berdua masih belum bersedia.
        “Lepas ni kita pergi supermarket untuk beli barang dapur ye.
…………………………………………………….
        Hari ini hari pertama aku memulakan kerja sebagai graphic designer di syarikat suami aku sendiri. Pada awalnya aku mahu bekerja di tempat lain tapi Abang Azyem berkeras menyuruh aku bekerja di syarikatnya katanya graphic desingnernya kurang.
        Aku diperkenalkan sebagai seorang graphic designer baru dan pekerja baru tapi bukan sebagai isterinya kerana aku yang meminta dia untuk merahsiakan dahulu kerana tidak mahu semua pekerja menghormatiku sebab aku isteri boss.
       “Asya, jom pergi lunch.” Ajak Kak Eja salah seorang pegawai yang sudah berkhidmat disitu disaat arwah papa mentuaku masih hidup.
        “Tak apalah kak saya kena lunch dengan boss hari ni ada benda nak bincang.”  Balasku sambil mengemas barang untuk pergi lunch. “Aik dah dekat seminggu Aysa kat sini asyik Lunch date dengan boss je ada apa-apa ke.” Giat Kak Eja sambil tersenyum dan dia terus pergi lunch bersama-sama beberapa orang pekerja lain.
      “Mana abang ni lapar tau.” Gumamku perlahan.
      “Maaf abang lambat, abang ada kerja sikit kena habiskan.” Pintaan maaf diucapkan. Aku hanya mengganguk dan kami terus pergi lunch bersama.
      Setiba direstaurant kami terus memesan makanan.
      “Eh, Az ke ni?” Tegur seseorang lelaki tetapi berpewatakan lembut seraya menyoal Abang Azyem.
      “Eh, Mir ni I lah Az.” Balasnya sambil bersalaman.
       “Handsome kau sekarang noks.” Ujarnya sambil mengenyitkan matanya. Haih mak nyah ni nak ngorat laki aku ke. Alamak asal aku rasa macam orang tengah cemburu saja ni.
        “Siapa perempuan ni noks?” Soalnya.
        “Kenalkan ini isteri I.” Ujarnya.
        “Eh, u dah kahwin, bukan u dah janji ke nak kahwin dengan I.” Ujarnya sambil mencebikkan bibirnya. Ehh, nyah ni dah lebih apasal laki aku nak kena kahwin dengan dia pula. Aku potong bibir kau tu karang. 
        “U ni ada-ada ajalah.” Balas suamiku sambil ketawa.
        “Abang Lyesa nak pergi toilet sekejap.” Ujarku. Dia hanya menganggukkan kepala dan terus berborak dengan mak nyah tadi.
       Setelah tiba dioffice aku banyak mendiamkan diri. Bila dia tanya sepatah, sepatah jugalah aku jawab.
       “Aysabella Lyesa masuk bilik saya sekarang.” Arah Abang Azyem. Aku segera bangun dan terus menuju kebiliknya, sesudah pintu biliknya diketuk aku diarah masuk.
       “Duduk sayang.” Ujarnya. Tanpa sepatah kata aku terus menarik kerusi dihadapannya dan terus duduk.
      Sayang please say something, kenapa sayang senyap je lepas balik dari lunch tadi.” Ujarnya seraya berdiri dan terus bertenggek diatas meja kerjanya.
      “Tak ada apa-apalah.” Balasku acuh tak acuh.
      “Jangan nak tipulah, sayang sebenarnya jelouskan dengan Mir tadi.” Tekanya. Aku hanya memandang wajahnya tanpa berkata apa-apa.
      “Sayang abang dengan Mir tu tak ada apa-apalah kita orang kawan baik.” Terangnya.
      “Kawan abang cakap, Lyesa tahulah abang tu dulu siapa!” ujarku dengan nada yang sinis.  
       “Entah-entah tu girlfriend abang tak dulu.”Sambungku lagi.
       Matanya memandang tepat kearah mataku tanpa berkata apa-apa. “Lyesa tahu abang kahwin dengan Lyesa pun bukan sebab abang nak ikut cakap mammy sangat pun kan tapi sebenarnya abang kahwin dengan Lyesa sebab nak Tutup hubungan sulit Abang dengan Mak Nyah tu kan !” Ujarku dengan nada yang tinggi.
       “Lyesa sampai hati Lyesa tuduh abang macam tu. Abang ikhlas memperisterikan Lyesa” Balasnya serta titisan air mata. Ya allah, apa yang aku buat ni. Aku ingin meminta maaf tapi lidah aku seperti terkelu.
      Dia terus mencapai handphonenya dan terus berlalu keluar. Aku hanya mampu memandang dan mengiringi langkahnya dengan air mata yang mengalir.
…………………………….
  
        “Abang!!” Panggilku seraya mencari Abang Azyem di seluruh pelusuk rumah tapi tiada jawapan yang aku temui. Aku masuk kebilik tidur untuk berehat.
       “Ya allah, mana abang pergi ni, sayang minta maaf, sayang terlalu ikot hati yang cemburu.” Ujarku dengan linangan air mata. Aku bangun dari katil dan terus menuju ke bilik air untuk menunaikan solat asar setelah masuk waktu.
       Usai menunaikan solat aku berdoa supaya aku dapat bertemu dengan abang Azyem dan aku ingin meminta maaf kepadanya.
      “Assalamualaikum mammy, Abang Azyem ada datang jumpa mammy tak?” Aku mengucapkan salam seraya bertanya kepada mammy saat aku menalifonnya.
      “Waalaikumusalam, tak ada Lyesa, kenapa?” Mammy menjawab salam serta persoalanku seraya menyoalku kembali. Aku berbual panjang dengan mammy tapi aku tidak memberitahu perkara sebenar kepada mammy.Sepanjang malam aku mencuba menalifon Abang Azyem tapi handphonenya off.
     


      Tiga hari telah berlalu dan masih tiada khabar berita daripada abang Azyem. Aku mengambil keputusan untuk pergi ke rumah mammy.
      “Assalamualaikum Mammy” Ucapku seraya mengetuk pintu rumah mammy.
      “Waalaikumusalam, eh Lyesa kamu datang sorang je mana Azyem.” Jawab mammy seraya menyoal.” Aku terus menyalami tangan mammy seraya memeluknya. Linangan air mata yang tidak mampu aku bendung telahpun mengalir dipipi.. Mammy merasa pelik dan dia terus menyoal. Setelah itu barulah aku mula bercerita. Dari awal sehingga akhir apa yang terjadi sebenarnya.
      “Sekarang Lyesa tenang pergi rehat dulu dekat bilik Azyem nanti mammy iktiarkan untuk cari Azyem.” Ujar mammy seraya menenangkan aku yang sedang susah hati. Setelah itu, aku terus masuk bilik Abang Azyem.
      Aku sangat terkejut melihat suasana bilik abang Azyem masih sama seperti saat aku tinggalkannya masa aku ke UK dulu. Aku terus pergi ke meja kerja abang Azyem. Eh, ni diari abang Azyem ni. Aku membuka buku diari itu untuk mengetahui isinya.

15 June 2007
Sampai hati Lyesa nak tinggalkan abang. Kenapalah Lyesa kena pergi duduk UK,  lepas ni abang dah takda kawan nak bertumbuk nak, bergaduh, nak bertekak. Dengan Aisyya abang tak boleh buat semua tu. Lyesa tahu tak abang sayang Lyesa,  abang sayang lebih dari seorang adik kalau boleh abang nak kahwin dengan Lyesa.  
 I LOVE U LYESA.

Hati aku mula berasa sebak saat aku membaca halaman pertama diari abang Azyem. Ya, allah jadi selama  ni abang Azyem sayangkan aku lebih dari seorang adik. Tapi tu masa aku baru pergi ke UK. Aku terus menyelak muka surat seterusnya.


13 May 2011
Akhirnya, lepas 5 tahun abang tak jumpa Lyesa esok Lyesa akan sampai ke Malaysia tak sabarnya abang nak jumpa sayang abang ni. Sayang tahu tak abang rindu sangat dekat sayang.                                          Rindu serindu-rindunya. Sekarang abang dah abis belajar kalau boleh abang minggu depan jugak abang nak suruh mammy pinangkan Lyesa untuk abang. Tapi abang tahu Lyesa mesti tak setuju so abang akan tunggu Lyesa sampai Lyesa setuju. Walauapapun terjadi abang nak juga memperisterikan Lyesa.  
 I LOVE U LYESA.


14 May 2011
Tadi masa abang ambik sayang dekat airport sayang buat tak tahu je dekat abangkan,                                 buat macam tak kenal je. Sayang tahu tak, pedih hati abang ni rasanya. Ni semua idea si Mir la ni             suruh aku berlakon sebagai lelaki lembut katanya supaya Lyesa suka kat aku tapi ni apa pon tak jalan.  Tak apalah demi Lyesa abang sanggup jadi lelaki lembut asalkan abang dapat kahwin dengan Lyesa. Mama mesti akan carikan abang calon isteri untuk abang kahwin supaya abang berubah kepada lelaki tulen dan disaat itulah abang pasti Lyesa mesti menjadi isteri abang.                                                                                           
 I LOVE U LYESA

Ya allah, jadi selama ni menjadi lelaki lembut tu hanya lakonan abang je untuk memperisterkan aku. Apa aku dah buat ni aku dah lukakan hati orang yang menyintai aku sepenuh hati dia. Ya allah, berdosanya aku. Aku teruskan bacaan dengan linangan air mata.



12 October 2015
Alhamdulillah, hari ni Lyesa sah menjadi milik abang. Terima kasih Ya Allah kerana kau telah memperkenankan doa hambamu ini. Akhirnya telah bertahun-tahun penantian Lyesa jadi milik     abang yang sah. Abang bersyukur dan gembira sangat. Akhirnya pengorbanan dan lokonan abang tak sia-sia. Thank Mir atas bantuan kau. Tak sabar abang nak bagi tahu Lyesa yang selama ni abang hanya sayang dan cintakan Lyesa seorang saja. Nanti abang nak bawa Lyesa pergi bulan madu dekat Paris sebab tukan tempat yang Lyesa paling teringin nak pergi dan dekat situ nanti bolehlah kita buat anak banyak-banyak.. ahahahahaha J…Tak sabarnya abang nak ada anak dengan sayang mesti anak-anak kita comel macam sayang. 
LOVE U FOR EVER LYESA.


         Maafkan Lyesa abang, Lyesa dah buat salah yang besar sangat.
       “Lyesa, mammy dah tahu Azyem ada dekat mana.” Ujar mammy saat masuk kedalam bilik.
       “Abang ada dekat Paris kan mammy.” Ujarku meminta kepastian dari mammy.
       “Ye, macam mana Lyesa boleh tahu?” Jawab mammy seraya menyoal. Aku hanya menghulurkan diari milik Abang Azyem kepada mammy.
         “Mammy Lyesa pergi Paris dulu nak cari abang.” Ujarku setelah menyalami mammy dan terus pulang kerumah untuk mengemas baju.
         Tanpa berfikir panjang aku terus menalifon rakanku yang berkerja di KLIA untuk menempahkan aku tiket ke Paris hari ni. Aku tak kira aku mesti cari abang aku nak minta maaf dekat dia.
……………………………………………….
       Setelah hampir 15 jam perjalanan dan memandangkan transit di Doha hampir 3 jam. Akhirnya aku tiba di Paris dan aku terus mencari hotel untuk penginapan.
        Setelah berehat untuk beberapa aku terus keluar dari bangunan hotel untuk mencari suami aku mengunakan gps detector. Setelah beberapa beberapa bulan berkahwin aku baru tahu bahawa Abang Azyem ada memasang gps detector tanpa pengetahuan aku.
       Aku tahu mengenainya pon sewaktu aku mengodek-godek handphone aku semasa menunggu waktu penerbangan aku semalam.
     Kalau ikot gps patutnya dah sampai tapi apsal tak jumpa pun abang ni. “Bukk!” Aku terlanggar seseorang. “I’am sorry.” Ujarku seraya menunduk-nundukkan kepala berkali-kali sebagai tanda minta maaf. “It’s Okey, not your false, my false jalan tak pandang-pandang.” Aku yang terkejut saat mendengar dia bercakap Bahasa melayu aku terus memandang wajah orang yang aku langgar tadi.
        “Abang.” Ujarku seraya memeluknya. “Sayang buat apa kat sini?” Soalnya serta membalas pelukan aku.
         “Abang, sayang minta maaf sayang tahu sayang salah. Patutnya sayang sedar yang selama ni abang sayangkan, sayang. Tapi selama ni juga sayang menidakkan perasaan sayang terhadap abang sebab sayang tak boleh terima perubahan abang.
         Kalau abang nak tahu selama ni pun Lyesa sayang dan cintakan abang sejak dari kita kecik lagi tapi Lyesa takut cinta Lyesa hanya bertepuk sebelah tangan, jadi Lyesa hanya mampu pendamkan je.
         Maafkan Lyesa ye abang, Lyesa tahu Lyesa isteri derhaka sebab dah buat air mata abang mengalir jadi Lyesa minta ampun dengan abang. Abang jom kita balik Malaysia Lyesa rindu sangat dekat abang.” Ujarku dengan nada tersedu-sedan kerana terlalu sebak.
        Abang merungkaikan pelukan kami. Dia menghapuskan air mata aku mengunakan kedua-dua ibu jarinya. “Sayang tak buat salah pun. Sebenarnya abang yang salah sepatutnya abang luahkan apa yang abang rasa tapi ni tak abang pendam je.
        Bila dua-dua pendam tiada siapa pun yang tahu perasaan kita. Tapi abang bersyukur sangat bila sayang jadi isteri abang akhirnya.” Ujarnya dengan senyuman.
       “Tapi kalau sayang nak balik Malaysia sayang balik la sorang abang tak nak.” Ujarnya sambil berpeluk tubuh, dengan muka tanpa secalit senyuman. “Tapi kenapa? Tadi Abang kata sayang Lyesa tapi kenapa tak nak balik Malaysia?” Soalku dengan suara yang lirih.
      “Macam mana abang nak balik kalau kita belum berbulan madu lagi rugilah abang merajuk sampai kesini kalau tak dapat anak comel dari Paris ni.” Ujarnya dengan senyuman paling manis seraya menarik aku kedalam pelukannya di hadapan Ieffel Tower.
I Love you, Hayrul Hazyem.” Ucapku seraya mengucup pipinya.
I Love You too, Asyabella Lyesa.”Ucapnya kembali seraya mengucup bibirku.