Tuesday 15 July 2014

Cerita Aku Dan Dia

       

Cerpen Cerita Aku dan Dia
       


           Saya cinta awak Eric” luahku kepada Eric dengan nada yang tergagap. Setelah  lama aku menyimpan  perasaanku terhadap Eric akhirnya aku luahkan juga . “Agak  rumah kau tak ada cermin eh? Cuba kau cermin sikit diri kau tu sebelum nak cakap kau cintakan aku, dah lah  gemuk!”jerkah Eric.  Aku pun berlari-lari turun dari bumbung sekolah dengan  perasaan yang  hancur bercampur malu kerana  cintaku telah ditolak oleh Eric.
        Ke esokkan harinya disekolah  telah heboh  tentang cintaku di tolak oleh Eric.  “Weh, bila kau pergi jumpa  si Eric tu?”Tanya Mya kepadaku. Mya  ialah sahabat baik aku dan hanya Mya  sorang saja yang sudi berkawan dengan ku yang gemuk ini. “Erm,aku pergi jumpe dia semalam  dekat  bumbung  sekolah.” terangku  dengan nada yang sedikit berbisik. “Kan aku dah kata lupekan je perasaan kau tu, kau tengok sekarang kau yang malu bila semua orang dah tahukan.” Balas Mya dengan  nada yang serius.
        Seminggu  telah berlalu tetapi kisah tentang  cintaku ditolak oleh Eric masih heboh diceritakan. “Baik lah anak-anak hari ni cikgu nak perkenalkan  rakan baru kamu, nama die  Rayyan .”terang guru kelasku kepada kami semua lalu menujukkan ke arah seorang budak lelaki. “Rayyan sila perkenalkan dirimu”pinta guru kelasku kepada Rayyan. “Hai,semua nama saya Rayyan  saya baru berpindah kesini. Saya berpindah kesini kerana mengikut  keluarga saya. Sila beri tunjuk ajar.” Terang Rayyan kepada kami semua. “Weh, hansome lah budak baru tu.” Kata Mya yang duduk disebelahku,aku hanya mendiamkan diri  saja. “Baiklah Rayyan awak pergi duduk di sebelah Zamin.” Arah guru kelasku  kepada Rayyan sambil menunjukkan arah. “Hai, nama aku   Zamin, budak  belakang aku ni nama dia Mya dan budak yang belakang kau tu  nama dia Lissa. Terang Zamin kepada Rayyan. “Oh, hai.”kata  Rayyan sambil  mengangkat  tangannya.
                Di kantin sekolah ramai budak-budak yang ingin berkenalan dengan Rayyan. “Jom duduk situ.” ajakku kepada Mya sambil menunjukan tempat yang aku maksudkan setelah kami membeli makanan. “Weh kau tengok tu ramai budak-budak perempuan yang mengedik-gedik nak berkenalan dengan Rayyan tu.” Terang Mya sambil menunjukkan kearah Rayyan yang sedang dikerumi oleh budak-budak perempuan. “Erm,biarlah dia tak penting kot.” Kataku dengan acuh tak acuh. Tak lama kemudian loceng menandakan tamat waktu rehat berbunyi dan semua pelajar masuk ke kelas masing-masing seperti biasa .
              Di dalam kelas. “Lissa awak ok?” Tanya Rayyan kepadaku dengan takut-takut kerana melihat muka ku cemberut. “Aku ok ke tak ape kena menggena dengan kau pulak!”kataku dengan nada yang agak tinggi  kepada Rayyan. “Zamin, kenapa muka Lissa cemberut dan bila saya tanya dia marah saya balik, kenapa?” Tanya Rayyan kepada Zamin bila dia tidak mengetahui kenapa aku cemberut. “Oh, Lissa tu Kau jangan tanya dia,dia tengah frust coz cinta dia kena tolak dengan  Eric. Siapa suruh suka budak paling top.” Terang Zamin sambil ketawa kepada Rayyan.
           Ke esokkan hari setibanya disekolah aku dan Mya bersama-sama pergi ke loker untuk mengambil buku yang kami tinggalkan disitu. Apabila  aku membuka loker ,aku dapati didalam lokerku  ada sebungkus coklat Cadbury yang sederhana besar. “Wah, Lissa mana kau dapat coklat Cadbury ni?” Soal Mya kepadaku apabila terlihat sebungkus coklat Cadbury didalam locerku. “Erm,entahlah aku pon tak tahu mungkin aku punya secret admaire kot.”ujarku sambil ketawa.Tak lama selepas itu lonceng menandakan waktu persekolahan pun bermula dan aku pun masuk ke dalam kelas dengan membawa coklat  itu.
        “Wah, Lissa kau bawak coklat eh.” Kata  Zamin sabil tersenyum-senyum menampakkan baris giginya. “Kenapa  tanya  kau nak eh. Kalau kau nak ambillah tapi kena kongsi dengan Mya.”ujarku  “Coklat punya pasal kongsi pun kongsilah kan Mya . Anyway thank Lissa sebab bagi kita orang coklat nie.” Kata Zamin dan Mya kepadaku  sambil ketawa.
       Petang itu aku  ke tasik dimana tempat aku dan Mya selalu lepak.Aku  duduk diatas bangku yang betul-betul menghadap tasik , tengah asyik aku memandang keindahan tasik itu tiba-tiba aku terdengar  suara orang sedang menyanyikan lagu cukup indah nyayian Alif satar. “Merdunya suara siapa nyanyi ye.”kataku sambil mengaru kepala yang sebenarnya memang tak gatal. Aku cuba mencari siapa yang menyanyikan lagu itu,tiba-tiba aku terkejut apa bila melihat garangan siapakah yang menyanyikan lagu itu. “Eh,itu bukan Rayyan ke budak baru kelas aku.” Kataku  didalam hati dan tiba-tiba handphone aku berbunyi dengan nyaringnya menggeluarkan lagu Maafkan aku nyayian kumpulan Last Minute melihat nama yang tertera di talifon terusku angkat. “Erm , hello Mya ada ape kau talifon aku ni?” Tanyaku kepada Mya . “Tak aku nak bagitau yang aku tak dapat lepak dengan kau petang ni coz aku ada hal-lah.” Terang Mya dengan panjang lebar kerana dia tidak dapat lepak bersamaku petang itu.
       Sesudah aku habis berbicara dengan Mya  aku terus cuba mencari kelibat Rayyan tadi. Tapi apabila aku mencari kelibatnya sudah tidak kelihatan. “Mana pulak pergi  budak Rayyan ni tadi.”kataku dengan perasaan bingung  dan apabilaku pusingkan badan untuk bangun aku diterpa perasaan terkejut  yang teramat sangat  kerana melihat sekujur tubuh betul-betul sedang berdiri di hadapanku. “Hai, Lissa apa awak buat disini, awak menggendap saya ke?” Soal Rayyan  sambil tersenyum-senyum kepadaku. “Ish, awak ni buat terkejut saya saja. Eh,perasannya awak ni mana ada saya menggendap awak saya cuma tengok -tengok saja.” Kataku sambil mukaku dialihkan  ketempat lain kerana aku berasa malu untuk memandang mukanya dan Rayyan hanya ketawa sedari tadi.
      Seminggu setelah kejadian itu berlaku aku,Mya,Zamin dan Rayyan sudah mula rapat. Kami berempat  selalu keluar bersama dan banyak menghabiskan masa bersama-sama. “Rayyan awak tak malu ke kawan dengan saya?” Soalku kepada Rayyan  setelah kami semua pergi ke  taman dan hanya tinggal aku dan Rayyan berdua sahaja kerana Mya dan Zamin pergi ke kedai berhampiran taman untuk membeli minuman untuk kami semua. “Kenapa pula saya mesti malu kawan  dengan awak?” Rayyan menyoalku kembali  dan membiarkan soalanku tidak berjawab. “Ialah manalah tau kalau-kalau awak malu kawan dengan saya sebab sayakan ge...” Sebelumku sempat habis menyatakan jawapanku Rayyan sudah meletakan jari telunjuknya di bibirku dan mukaku juga kemerah menahan malu kerana diperlakukan seperti itu. “Saya nak awak tahu saya tak kisahlah awak gemuk ke, kurus ke yang penting saya ikhlas dengan awak dan saya sebenarnya dah lama suka kat awak sejak kali pertama saya tengok awak didalam kelas hari tu.” Rayyan menyatakan  perasaannya terhadapku dan aku hanya mendiamkan diri tidak berkutik.
         5 minit kemudian Mya dan Zamin pulang dari membeli minuman dan bingung melihat kami berdua hanya diam sahaja.  “Korang berdua ni kenapa diam je?” Soal Mya sambil mengaru kepalanya yang sebenarnya memang tak gatal. Tanpa menjawab soalan Mya aku terus menarik tangan Mya dan mengajaknya pulang. Mya yang tak tahu apa-apa hanya mengikut sahaja langkahku.
      Sebulan selepas kejadian itu aku tidak pernah bersua muka dengan Rayyan kerana sekolah ku telah mula cuti  penggal akhir tahun. Sedang aku mengelamun menggingat kembali kata-kata Rayyan sewaktu kami di taman tiba-tiba aku terdengar handphoneku berbunyi nyaring. Setelahku lihat nama pemanggil yang  tertera di handphone terusku angkat. “Hello ,hai Mya ada apa tiba-tiba saja kau talifon selepas sebulan aku tak jumpa kau ni?” Soalku kepada Mya kerana dalam masa sebulan telah berlalu dia tidak pernah menalifonku. “Aku talifon kau coz aku nak bagitau yang Rayyan masuk hospital kerana kemalangan cepat datang sekarang!!” Terang Mya dalam keadaan risau dan sebak. Tiba-tiba hatiku berasa sebak,risau dan takut tanpa melengahkan masa aku terus berkejar ke hospital yang menempatkan Rayyan.
       Apabila aku tiba disana aku melihat seorang doktor dan beberapa orang jururawat sedang menolak sebuah katil dan di atasnya ada sekujur jasad yang tebaring kaku dan diselimut dengan kain putih. Masa itu tanpa aku memikirkan apa-apa aku terus menerpa kearah katil itu. “Rayyan  bangun saya mintak maaf sebab saya tak balas apa yang awak 

luahkan pada saya, pada masa itu saya sangat terkejut. Rayyan bangunlah, saya dah lama jatuh cinta pada awak sejak kali pertama saya ternampak awak sedang menyanyi di tasik. Rayyan saya CINTA AWAK!” Teriak aku dalam keadaan sedu-sedan kerana aku berasa sangat sedih ketika itu.
         Sedang aku menangis tiba-tiba aku terasa bahuku disentuh seseorang dan apabilaku pusingkan badan alangkah terkejutnya aku melihat Rayyan sedang berdiri dibelakangku dengan kepala yang berbalut lalu aku terus memeluknya. “Rayyan awak masih hidup? Habis siapa atas katil ini?” soalku dengan nada tergagap-gagap. “Ia,saya masih hidup Cuma luka sedikit je.” Terang Rayyan sambil tersenyum-senyum. Yang berada di atas katil itu hanyalah patung untuk ujian amali pelajar praktikal di hospital itu. “Lissa saya cintakan awak.”kata Rayyan sambil tersenyum- senyum dan selepas itu aku juga meluahkan perasaan aku kepadanya dan kami saling berpelukkan ditengah hospital itu dan diperhatikan orang sekeliling sambil mereka bertepuk tangan. Kami hanya tersenyum gembira.
       
                                                                                                                     Tamat...