Saturday 14 February 2015

Cinta Tanpa Alasan



     
Cerpen Cinta Tanpa Alasan


  “Qaseh aku nak kahwin.” Ujar Zaqir dengan muka yang gembira. “Hah, apa Qir kau nak kahwin asal tetiba je dengan siapa?” soalku dengan nada yang agak kecewa. Sebenanya aku dah lama menyimpan perasaan terhadap Zaqir sejak kami kecik lagi dan Zaqir ialah jiran aku merangkap kawan aku sendiri. “Eh, mana ada tetiba mama kau takda bagitau ke yang aku dengan Mira dah 2 tahun bertunang.” Terang Zaqir.
      “Maksud kau Mira Zahra kawan kita tu ke?” Soalku. “Ialah Mira Zahra tulah Mira mana lagi.” Ujar Zaqir lagi. “Tapi bila kau tunang dan kenapa aku tak tahu?” Soalku lagi. “Masa kau sambung Degree kat UM dulu mungkin mama kau lupa nak bagitau kau kot.” Terang Zaqir.
>>>>>>>>>>>> 
      “Apa semua ni Mira aku suruh kau tengok-tengokkan Zaqir untuk aku bukan tengokkan Zaqir selamanya untuk kau!”Teriakku. Kami bertemu ditaman tepi tasik tempat kami selalu bermain sewaktu kecik. “Nak buat macam Mana Qaseh aku cintakan dia dan dia juga cintakan aku.” Ujar Mira dengan muka yang tak bersalah. Ehh, sakitnya hati aku, dia boleh buat muka tak bersalah. “Heh, Mira aku percaya kau untuk jaga Zaqir untuk aku tapi ni yang buat kat aku.” Balasku dengan nada yang sedih dan air mata yang aku tahan mengalir akhirnya.
     “Eh, kau sedarlah diri tu sikit Zaqir Cuma anggap kau ini kawan baik dia je tak lebih.” Ujar Mira dengan nada yang agak sinis. “Kau memang dah melampau!” Jeritku sekuat hati dan cuba untuk menampar Mira tetapi aku merasa ada seorang memegang tanganku dan orang itu adalah Zaqir.
    “Heh, Qaseh apa hak kau nak tampar Mira dan aku dah dengar semuanya. Kau tahu tak, aku tak pernah cintakan kau dan aku Cuma anggap kau ni kawan baik aku je tak lebih pun.” Tengking Zaqir. “Tapi aku cintakan kau Qir.” Balasku dengan nada sedu-sedan.
     “Hah, cinta kau cakap kau sedar tak yang kau tu dahlah gemuk, buruk pulak tu dan mulai hari ini kau bukan kawan aku lagi.” Jerkah Zaqir. “Sampai hati kau hina aku Zaqir, dulu kau selalu cakap kalau ada orang yang hina aku kau akan pukul orang tu dan sekarang kau yang hina aku, kau sedar tak dan aku juga nak ucap terima kasih sebab sudi jadi kawan aku hingga hari ni.”  Aku segera pergi dari situ dengan perasaan yang sedih dan sakit.
>>>>>>>>> 
      Hari ini merupakan hari perkahwinan Zaqir dan Mira. Aku doakan kau orang bahagia dan hari ini juga aku tidak hadir kemajlis mereka kerana aku pergi ke rumah nenek aku di Kuala Lumpur untuk menenangkan hati aku yang kecewa. Hanya aku titipkan hadiah kepada mamaku untuk mereka iaitu album gambar sewaktu kami kecik hingga kami remaja yang aku simpan.
    “Hai, Qaseh kenapa nenek tengok Qaseh macam tak ceria je sejak datang rumah nenek ini Qaseh ada masalah ke kalau ada ceritalah kat nenek.” Ujar nenek ketika aku sedang duduk diluar rumah berdekatan kolam. “Takda apalah nek Qaseh ok je, cuma Qaseh rasa sedih dengan diri sendiri.” Balasku. “Ehh, kenapa cucu nenek ni cakap macam tu?” Soal nenek sedikit hairan kerana aku tak pernah cakap seperti ini.
      “Nek, orang macam Qaseh tak berhak ke untuk bahagia?” Soalku dalam nada yang sedih. “Kenapa Qaseh cakap macam tu, semua orang berhak bahagia dan satu hari nanti pun Qaseh akan bahagia.” Terang nenek dengan panjang lebar. Nenek ni cakap senang je, tapi ada ke orang yang nak terima perempuan macam aku ni.
     “Dah tak payah nak fikir-fikir sangat nenek yakin suatu hari nanti pasti ada lelaki yang sanggup terima cucu nenek yang comel ni seadanya. Dah cuba senyum sikit ni tak dah macam cengkodok penyek dah muka tu.” Ujar nenek sambil menarik pipiku dan tersenyum. Qaseh pun berharap dan berdoa nenek.
>>>>>>>>>>>>>>>>>> 
      “Nek oh nek.” Mana pulak nenek aku ni tak nampak pun dari tadi. “Nenek pergi pasar.” Jawab seseorang dari arah belakang dan apabilaku pusingkan badan untuk melihat siapakah gerangan yang orang itu alangkah terkejutnya aku apabila melihat seorang lelaki yang tidak ku kenali didalam rumah itu.
     “Awak siapa, macam mana awak boleh masuk rumah ni dan mana awak tahu nenek saya pergi pasar?” Soalku bertubi-tubi. “Eh, satu-satulah. First nama saya Qhaief Aqasya tapi awak boleh panggil saya Qhaief je. Second ni rumah nenek angkat saya iaitu nenek awaklah and the third sebelum nenek keluar dia ada bagitau saya yang dia nak pergi ke pasar.” Terangnya dengan panjang lebar.
     Boleh percaya ke mamat ni? Tapi muka dia hansome macam muka Kim Hyung Joong. “Kalau betul awak cucu angkat nenek saya siapa nama saya dan siapa nama nenek saya?” soalku lagi kerana masih belum berpuas hati dengan jawapanya. “Nama awak Qaseh Damieya kan dan nama nenek awak Hajah Kalsom kan.” Jawabnya sambil tersenyum.
     Eh, betullah tapi kenapa aku tak penah tahu kalau nenek ada cucu angkat, lelaki pulak tu. “Assalamualaikum.” Kedengaran suara nenek memberi salam. Huh, nasib nenek balik kalau tak buat naya je kena kalau tangkap basah nanti. “Waalaikumusalam.” Jawab kami serentak. “Hah, Qhaief kamu dah jumpa Qaseh?” nenek menyoal Qhaief. “Erm, dah nenek.” Jawabnya sambil tersenyum.
    “Nenek Qaseh laparlah jom sarapan.” Pintaku manja. “Eh, manjanya cucu nenek ni.” Ujar Qhaief sambil tersenyum. “Biasalah cucu comel nenek ni memang macam ni manja tak bertempat.” Ujar nenek sambil tersenyum. Eh, mamat ni menyibuk je.
     Sedang aku menikmati keindahan malam di pondok berdekatan kolam Qhaief menegurku. “Hai, awak buat apa kat luar ni sorang-sorang?” Soalnya. “Saja je nak menikmati keindahan malam.” Jawabku. “Awak ni study lagi ke?” soalnya lagi. “Tak adalah saya baru je habis degree sekarang tengah malas nak kerja and just nak lepak kat rumah je.” Terangku.
>>>>>>>>>>>>>>>>>> 
      “Minggu depan nenek nak Qaseh kahwin dengan Qhaief.” Kata-kata nenek seseolah telah memberhentikan masa. “Apa nek. Nenek nak Qaseh kahwin dengan Qhaief?” soalku dengan nada yang agak tinggi kerana terkejut dengan idea yang tak berapa bernas nenek ni. “Ye dan Qhaief pun dah setuju, kan Qhaief.” Ujar nenek sambil meminta persetujuan Qhaief dan dia hanya mengangguk.
      Alamak ingatkan datang rumah nenek untuk hilangkan rasa sedih rupanya bala datang melanda. “Tapi nek mama dan papa macam mana?” soalku supaya nenek tidak terlalu memaksa. “Oh, tu jangan risau mama dan papa kamu akan kesini esok.” What? Dah takda harapan aku nak menolak. Yang Qhaief ni boleh dok senyum je tak menolak langsung.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 
      Dengan sekali lafaz aku sah menjadi isteri kepada Qhaief Aqasya yang aku baru kenal dalam masa tak sampai 2 minggu. Setelah selesai semua majlis kami berdua dibenarkan masuk kedalam bilik untuk berehat. “Sayang.” Kata Qhaief sambil memegang bahuku.  “Sorry, i’m not ready.” Balasku sambil menolak tangannya dari bahuku.
      “Erm, oklah kalau macam tu abang mandi dululah.” Ujarnya sambil tersenyum dan dia terus mengambil towel dan berlalu ke bilik air yang disediakan dibilik itu. Ha? Dia nak mandi ke, mati-mati aku ingat dia nak apa tadi. Ish, kau ni Qaseh fikir ke lain je. Kata hatiku sendiri.
      Malam ini adalah malam pertama buat kami. Alamak macam mana ni, ikutkan hati nak je aku lari keluar dari bilik ni tapi kang apa saudara mara kat luar tu cakap kang.  “Sayang tidur dekat katil dan abang tidur dekat sofa tu tau.” Ujarnya sambil menuju ke sofa yang disediakan dibilik itu. “Awak boleh saya tahu kenapa awak boleh setuju dengan idea nenek untuk kahwin dengan saya?” soalku apabila dia sudah melabuhkan punggungnya di sofa.
      “Abang ada sebab abang sendiri tapi abang tak boleh bagitau sayang sekarang dan suatu hari nanti abang akan bagitau ok.” Terangnya sambil tersenyum menampak lesung pipinya. “Kalau awak dah cakap macam tu saya tak boleh nak kata apa.” Balasku. “Ok, assalamualaikum dan selamat malam.” Ucapnya sambil berbaring dan aku hanya menjawab salamnya didalam hati.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 
      Hari ni merupakan hari pertama kami berdua menjejakkan kami kerumah yang papa Qhaief hadiahkan buat perkahwinan kami setelah seminggu kami bernikah. Kami bersama memasukkan beg baju kedalam rumah itu. “Sayang ni bilik sayang dan sebelah ni bilik abang tapi kalau sayang nak sebilik dengan abang pun takpe.” Ujarnya sambil tersenyum dan menunjuk arah bilikku.
      Selepas dia berkata bergitu aku mengucapkan terima kasih dan terus berlalu kedalam bilik. Arh, leganya dapat baring atas tilam ni. Tak lama selepas itu aku terus terlena dibuai mimpi. Kring!!! Telefonku berbunyi dan tanpa melihat nama si pemangil aku terus mengangkat panggilan. “Hello, siapa ni?” Soalku dalam keadaan mamai. “Sayang Bangun mandi, solat dan turun bawah kita makan tengah hari sama-sama.” Ujar si pemanggil. “Eh, apa benda awak merepek ni ha?” Soalku sekali lagi.
    “Qaseh Damieya ni sayalah Qhaief Aqasha suami awak, takkanlah baru kahwin seminggu dah lupa suami kot.” Terang si pemanggil. Dengan sepantas kilat aku melihat nama pemanggil yang tertera di handphone. Alamak laki akulah patut lain macam je cakap. “Erm, ialah saya bangunlah ni” Balasku. Selepas mandi dan selesai solat zohor aku turun kebawah untuk makan tengah hari. “Wah, banyaknya lauk.” Ujarku dengan nada teruja sewaktu aku tiba dimeja makan. “Sayang duduklah kita makan.” Arah Qhaief. Dengan cepat aku menarik kerusi dan duduk. “Mana awak beli semua lauk ni?” Soalku sambil merenung semua lauk yang berada di atas meja makan.
    “Sayang abang tak belilah semua lauk ni, semua lauk ni abang yang masak sendiri tau.” Balasnya sambil tersenyum. Pandai juga mamat ni masak. “Betul ke semua lauk ni awak yang masak, pandai ke awak masak?” Soalku sambil menunjukkan muka blur. “Sayang tak percaya ke abang yang masak. Kalau sayang nak tahu masa lepas SPM dulu abang ada masuk kelas memasak tau. Dah lah, jom makan kang kalau dengar abang cakap sampai esok pun kita tak makan.” Terangnya sambil tersenyum. Asallah laki aku ni suka sangat senyum buat aku melting je.
   Kami makan tengah hari dengan kenyangnya.Terer gak laki aku ni masak ek,sedap kot. “Sayang sedap tak abang masak?” Soalnya sambil membantuku mengemas dapur selepas kami makan. “Erm, not bad la kalau masuk master chef  bolehlah dapat nombor 2.” Balasku. “Eh, kenapa dapat nombor 2  dan bukan nombor 1 sayang?” Soalnya pelik. “Ialah kalau saya masuk sekali comfirm lah saya yang dapat nombor 1.” Balasku sambil ketawa. “ Eleh, macamlah sayang masak sedap sangat sampai boleh dapat nombor 1.” Balasnya sambil mencebik.
    Tiga bulan kami tinggal bersama melalui alam perkahwinan sedikit sebanyak perasaan sayang aku ada buatnya kerana dia melayan aku dengan sangat baik. “Sayang jom hari ni kita pergi shopping mall, lagi pun hari ni kita cutikan.” Ajak Qhaief. “Erm, boleh juga saya pun rasa nak beli handbag barulah.” Balasku sambil bangun dan kami berlalu untuk bersiap. Selepas 30 minit kami berjumpa semula diruang tamu dan kami bergerak pergi ke mall.
    “Sayang pilihlah apa pun yang sayang nak abang belanja hari ni.” Ujarnya sambil tersenyum. “Thank.” Balasku. Setelah selesai membeli belah kami berdua pulang kerumah. “Thank awak sebab belanja saya.” Ujarku sambil tersenyum. “Everything for you sayang.” Balasnya sambil tersenyum. Melting hati aku. Semakin lama aku semakin jatuh cinta dengan suami aku sendiri. Trett!! Bunyi mesej daripada phone Qhaief yang berada dihadapan meja tv. Aku pandang sekeliling untuk melihat kelibat Qhaief tapi tidak kelihatan. Aku dengan sepantas kilat mencapai phone Qhaief dan membaca mesejnya.
  “Abang sayang, tak sabarnya nak jumpa abang.” Mesej yang tertulis. Tetiba aku terasa hatiku bagai dihiris-hiris selepas membaca mesej tu. “Sayang buat apa dengan phone abang tu sayang?” Soal Qhaief sambil tersenyum. Aku memberikan phone Qhaief kepadanya dan berlalu pergi masuk kedalam bilik. Qhaief saya dah start sayang awak kenapa awak buat saya macam ni?
  
Tukk Tukk!! Ketukkan bertalu-talu dari pintu bilikku hanya kubiarkan saja. “Sayang please bukak pintu ni sayang, abang boleh terangkan segalanya.” Pinta Qhaief dari luar pintu bilikku. “Tak ada apa yang perlu diterangkan lagi Qhaief saya rela lepaskan awak dengan perempuan tu.” Balasku dari dalam bilik. “No! Sayang jangan sekali-kali sayang pernah terfikir untuk lepaskan abang buat sesiapa pun sayang, because I only love you sayang.” Teriakkan dari Qhaief disusuli tangisan. Ya Allah, ampuni hamba ini kerana telah membuat suamiku menanggis Ya Allah.
 Aku terus bangun dan membuka pintu itu. Bila pintu itu di buka Qhaief datang menerpaku sambil memelukku dan menanggis. “Sayang please jangan pernah berfikir untuk tinggalkan abang, I really love you sayang.” Terangnya dalam tangisan.  “Macam mana awak boleh cintakan saya sedangkan kita kahwin pun kerana terpaksa.” Balasku sambil menolak badannya dari terus memelukku. “Abang tak pernah rasa terpaksa kahwin dengan sayang. Abang dah jatuh cinta dengan sayang sejak kali pertama abang nampak sayang dekat universiti lagi.” Balasnya ambil menghapus air matanya.
    “Sejak bila pula awak satu universiti dengan saya ni.” Soalku sedikit pelik. “Memang sayang tak pernah nampak abang, sebab abang adalah senior tahun terakhir sayang masa sayang baru tahu pertama Degree.” Terangnya. Aku hanya mendiamkan diri dan cuba untuk menganalisis kata-katanya. “Bila abang tengok gambar sayang dekat rumah nenek abang teruja sangat sebab tak pernah sangka bahwa nenek angkat abang adalah nenek sayang dan abang beritahu segala perasaan abang terhadap sayang dekat nenek sebab tu bila nenek paksa sayang untuk berkahwin dengan abang, abang tak pernah tolak, because I fall in love with you from the first sight.” Terangnya sambil tersenyum.
    “Jadi awak memang dah lama cintakan saya? Tapi sayakan gemuk.” Soalku. “Sayang I not need any reason for fall in love with you my dear.” Balasnya. “Habis kalau awak betul sayang saya siapa perempuan yang mesej awak tadi.” Soalku dengan nada api cemburu. “Sayang yang mesej tu adik abang lah dia baru balik dari UK dan dia tak sabar sangat nak jumpa dengan kakak ipar dia yang comel ni.” Terangnya sambil menarik pipi tembamku.
   “Awak saya minta maaf sebab tak percayakan awak.” Pintaku sambil mengengam tanganya. “Tak ada apa yang nak dimaafkan sayang. Tapi abang takkan maafkan sayang kalau mulai dari sekarang sayang tak panggil abang dengan panggilan abang.” Ugutnya dengan sambil tersenyum . “Abang Qaseh sayang dan cintakkan abang sangat walaupun tak sebesar sayang abang buat Qaseh tapi Qaseh akan cuba sayang dan cintakan abang sepenuh hati Qaseh.” Balasku sambil memeluknya dihadapan pintu bilikku. I will love you with all my heart. Betul kata nenek semua orang berhak bahagia walau macam mana pun size or rupa orang tu. Sekarang aku dah bahagia korang diluar sana macam mana?