Monday 25 August 2014

Because I Love You!

Cerpen Because I love You
        


        “Eriqa ni fail profil pelajar yang belajar di Sekolah Tinggi Persendirian Oralex, yang dibina oleh papa Eriqa iaitu Tan Sri Zafrien yang Eriqa minta pada akak pagi tadi.” Kata kak Qira, sambil menyerahkan fail profil pelajar kepadaku. Kak Qira ialah setiusaha papa di Erzafrien Corporation di Malaysia. Tak lama selepas kak Qira menghantar fail profil pelajar yang aku minta ke rumah, dia pulang semula ke pejabat untuk meneruskan kerja yang tertangguh. Aku membelek satu persatu profil pelajar yang belajar di Sekolah Tinggi Persendirian Oralex. Tiba – tiba mata aku teracap pada satu profil pelajar yang menarik minatku untuk terus melihat lebih lanjut tentang pelajar itu. Alamak hansomenya budak ni muka macam Izzue Islam, tapi nama dia Firash Armand bin Fariq belajar di kelas 5 Sains dan tinggal di Asrama Maxrel iaitu asrama untuk pelajar lelaki yang ingin duduk disitu. Dia juga adalah pelajar paling pandai di sekolah tu.
        “ Hello, Assalammualaikum sayang, ada apa telefon papa ni.” Soal papa dengan nada lembut sambil memberi salam. “ Waalaikumussalam papa, tak ada apa-apa Eriqa saja je telefon papa.” Balasku “Erm, mustahil sayang papa ni call kalau takda benda yang nak dicakapkan.” Ish, papa ni macam tahu - tahu je aku nak cakap sesuatu. “Sebenarnya Eriqa nak pindah sekolah, boleh tak papa.” Soal aku kepada papa dengan nada suara yang lembut. “ Hah, Eriqa nak pindah sekolah mana dan kenapa.” Soal papa dengan perasaan yang agak pelik. “Eriq nak pindah ke Sekolah Tinggi Persendirian Oralex yang papa bina tu.” “ Hai, kenapa tiba- tiba je nak pindah sekolah situ selama ni papa suruh Eriq sekolah kat situ tak nak macam-macam alasan yang Sayang papa ni bagi.” Tak akanlah aku nak bagi tahu papa tujuan utama aku nak pindah sekolah tu. “ Tak ada apalah papa Eriqa Cuma nak rasa je macam mana sekolah kat situ.” “ Ok, papa benarkan Eriqa pindah ke sekolah tu tapi Eriqa uruskanlah sendiri ye sayang sebab papa ada banyak urusan kat syarikat kita di London.” Huh,bagusnya papa memang yang terbaiklah. “Ye,papa thank you bye.
        ” Adoi macam mana aku nak masuk sekolah tu tanpa orang tahu identiti aku yang sebenar sebab aku rasa semua pelajar kat situ kenal anak pemilik sekolah tu dan macam mana untuk aku rapat dengan Firash. Ala nanti- nanti jelah aku fikir macam mana, baik aku layan drama korea yang popular di astro sekarang To The Beautiful You. “Yes, I got the idea.” Aku tahu macam mana cara supaya semua pelajar tak kenal aku dan aku dapat rapat dengan Firash tu. Dengan cara aku menyamar sebagai seorang pelajar baru lelaki di sekolah tu dan tinggal di Asrama Maxrel. Jadi kalau macam tu aku kena ubah semuanya dari segi penampilan, cara jalan dan semuanya macam lelakilah. Seminggu telah berlalu tinggal seminggu sahaja lagi untuk sekolah dibuka semula selepas cuti penggal kedua dan akan muncul seorang pelajar baru.
          Mulai hari ini bermulalah kehidupan baru aku sebagai Eriq Zaafran dan bukan lagi Eriqa Zahra. Aku meminta bantuan kak Qira untuk masukkan aku kesekolah itu sebagai pelajar lelaki dan hanya pengetua sekolah iaitu Tuan Haji Ilham dan guru kelasku iaitu Puan Humaira Ima yang tahu aku adalah perempuan merangkap anak tuan punya sekolah tu. Papa aku juga aku tidak benarkan diberi tahu. “Assalammualaikum.” Aku memberi salam di hadapan pintu pagar Asrama Maxrel. “Waalaikumussalam.” Jawab seorang pakcik yang hanya memakai baju baju t-shirt putih dan kemeja lusuh . “Awak ni nama apa dan nak cari siapa?” Soal pakcik itu tadi. “ Nama saya Eriq Zaafran pakcik, sebenarnya saya budak baru yang akan tinggal di asrama ni dan saya nak cari Mak Jah dan Pak Mail yang mengguruskan asrama ni. “Owh, jadi kamulah pelajar baru yang Mak Jah cakapkan tu. Pakciklah Pak Mail pengurus merangkap tukang kebun di asrama ni.” Kata pakcik yang digelar Pak Mail sambil tersenyum. “Erm baguslah kalau macam tu Pak Mail.” “ Eh, lupa pula jomlah masuk.” kata Pak Mail sambil membuka pintu pagar dan membantu aku menggangkat beg pakaian aku. “ Jah Oh Jah.”teriak Pak Mail ketika kami masuk ke dalam rumah. “ Ish, apa abang ni jerit-jerit ni?” Soal Mak Jah . “Jah nilah pelajar baru yang nak duduk kat sini tu.” Terang Pak Mail sambil menunujukkan ke arahku. “Owh, nilah pelajar baru tu. Nama kamu siapa?” Soal Mak Jah. “Nama saya Eriq Zaafran Mak Jah.” Terangku kapada Mak Jah sambil tersenyum. “Erm, ialah kat sini kamu akan tinggal bersama rakan sebilik kamu tahu. Tapi sekarang kawan kamu tu belum pulang dari rumah dia, petang karang baru dia balik sini sebab esokkan sekolah akan dibuka dan kat sini kalau kamu ada masalah apa-apa boleh cari Mak Jah ataupun Pak Mail ye.” Kata Mak Jah sambil menunujukkan bilik aku. “Terima kasih Mak Jah dan Pak Mail tapi boleh saya tahu berapa orang pelajar yang duduk kat sini?” soalku kepada Mak Jah. “ Termasuk kamu ada sepuluh orang Eriq.”
         Tengah aku sedap melelapkan mata tetiba tidur aku tergangu dengan ketukan pintu yang kuat. Ish, kacau betullah tak boleh aku nak tidur kejap. Dengan langkah yang malas aku buka juga pintu yang aku kunci sebelum pintu tu pecah disebabkan orang yang mengetuknya. “ Weh, asal kau kunci pintu ni?” Soal budak itu tadi selepas pintu dibuka. Aku terkejut bila aku mendongakkan kepala budak itu adalah Firash. “ Hello, I am talking to you.” “Hah, Kau cakap apa tadi?” Soal aku kembali . “Eh, kau berangan ke apa aku tanya kau kenapa kau kunci pintu tu?” Terang dia lagi tapi dengan muka yang agak serius. Jauh lebih Handsome dia ni dari dalam gambar. “Owh, tadi aku tidur tu yang aku kunci. Nama aku Eriq Zaafran nama kau siapa?” soalku sambil menghulurkan tangan. “Nama aku Firash Armand tapi kau panggil je aku Rash.” Terang Rash sambil menyambut huluran tangan aku dan tersenyum. Ala manisnya dia senyum ada lesung pipi lagi tu.
       Telah sebulah aku sekolah disitu. Tiada seorang pun yang tahu identiti sebenar aku dan sekarang aku adalah teman baik kepada Firash. “ Rash jomlah pergi kantin aku lapar ni.”ajakku. “Eh, kau ni takleh ke kalau tak makan. Makan banyak badan cam ni gak, jomlah.” Bebel Rash. Aku hanya tersenyum mendengar bebelan Firash. Selepas tamat waktu sekolah aku dan Firash pulang ke Asrama Maxrel. Petang itu Firash mengajaku ketaman dekat asrama kami sambil membawa gitar. “Rash kau nak buat apa bawa gitar ni?” soalku kepada Firash. Tapi Firash tidak menjawab soalan aku dan dia hanya tersenyum. Tiba kami di situ kami duduk di sebuah bangku ditaman itu. “Kau pernah dengar tak lagu Cuba Teka nyayian Tasha Manshahar?” soal Firash. “Erm, pernah best lagu tu, tapi asal?” Soalku sedikit pelik. “Aku nak nyanyi lagu tulah dengan gitar ni.” “Bukan ke tu lagu perempuan asal kau nak nyanyi lagu tu pulak?” soalku bertambah pelik. “Tak kisahlah tapi aku minat Tasya Manshahar tu. “ Erm, aku baru perasan muka kau ni ada iras-iras dialah tapi kau lelaki.” Katanya dengan panjang lebar dan dia terus bermain gitar dan menyanyikan lagu sehingga habis. Terpegun aku mendengar suaranya dan cara dia bermain gitar. “Wow, sedapnya kalau macam tu bolehlah ajar aku main gitar ni” Kataku sambil tersenyum dan petang itu aku belajar bermain gitar dengan lagu itu sehinggalah aku pandai bermain gitar dengan lagu itu.
        Hanya tinggal 3 minggu sahaja lagi untuk semua pelajar tingkatan 5 di Sekolah Tinggi Persendirian Oralex akan menghadapi SPM. “Weh, Eriq aku rasa aku dah jatuh cintalah.” Kata Firash sambil tersenyum menampakkan lesung pipinya. “Hah, kau dah jatuh cinta dengan siap, budak tu tahu tak dan aku kenal tak budak tu?” soalku dengan muka yang agak sedih. Huh, kau dah jatuh cinta Rash macam mana dengan aku. Nangis aku didalam hati. “ Budak sekolah kita jugak kau kenal sangat dengan dia tapi aku tak berani nak bagi tahu nanti dia kata aku gila.” Terang Firash lagi. Firash aku cintakan kau tapi kenapa kau jatuh cinta dengan orang lain pulak. “Weh, dahlah lupakan jelah aku punya cerita ni jom sekarang kita study tinggal 3 minggu je lagi nak SPM.”Kata Firash sambil tersenyum dan aku pun mengukirkan senyuman palsu. “Weh, pinjam buku rujukan B.Inggeris.” pinta Firash . “Ambiklah dalam laci meja aku tu. Aku nak pergi toilet ni.” Balasku sambil berlalu pergi. Setiba aku semula kedalam bilik aku nampak Firash memegang buku nota berwana hitam dengan muka yang bengis. Eh, tu macam dairi aku je habislah rahsia aku dah terbongkar. “Apa semua ni Eriq jadi selama ni kau adalah perempuan dan kau dah tipu aku!” soal Firash separuh teriak. “ Sory Rash aku tak maksud nak tipu kau tapi...”sebelum sempat aku menghabiskan kata-kataku Firash sudah memotong. “Kau cakap takda maksud nak tipu aku kau tahu tak aku separuh gila sebab aku cuba hilangkan perasaan cinta pelik aku terhadap kau sebab aku sangka kau adalah lelaki.” Aku terpaku dengan kata-kata Firash jadi selama ni dia suka kat aku dan air mataku gugur. “Rash aku pun cintakan kau jugak.” “ Dahlah Eriqa Zahra aku memang cintakan kau tapi aku tak boleh terima semua penipu kau ni.” Balas Firash separuh teriak. Selepas itu dia terus pergi dan aku lihat air matanya juga mengalir.
        Hari ini ialah hari bermulanya peperiksaan SPM dan sudah 3 minggu juga Firash tidak datang ke sekolah dan tidak juga pulang ke asrama Maxrel. Sejak kejadian itu juga aku tidak lagi menjadi Eriq Zaafran dan aku kembali menjadi Eriqa Zahra. Sepanjang minggu SPM itu aku cuba untuk menemui Firash tapi dia selalu mengelak daripada aku. Rash kenapa awak selalu mengelak daripada saya? Awak tahu tak saya rindu awak sangat-sangat.
        Tepat tanggal 21 mac adalah hari pengumuman keputusan SPM. Hari ni adalah pelung terakhir aku untuk berjumpa dengan Firash aku mesti cari dia. Semua orang telah mengambil keputusan SPM dia orang dan tiada siapa lagi yang belum ambil kecuali Firash. Aku juga sudah mengambil slip keputusanya dan Alhamdullilah keputusan aku sangat baik dengan mendapat straight ‘A+’. Mana Rash ni dah lama aku tunggu dia tak datang-datang pun. Dengan berat kaki aku melangkah juga untuk pulang kerumah kerana sudah hampir 5 jam aku menungu Firash di Dewan Sri Gading iaitu dewan kecil di sekolahku. Tetiba aku terasa ada orang melanggar bahuku tetapi orang itu telah berlalu dan bila aku toleh untuk melihat gerangan orang itu alangkah terkejutnya aku bila orang itu adalah Firash. Ya allah akhirnya datang jugak awak ye Rash. Terus aku berlari mendapatkan Firash yang sudah masuk ke dalam dewan itu tapi aku hanya tunggu diluar dewan. Bila Firash keluar dia ingin berlalu cepat kerana mahu mengelak dariku tapi dengan sepantas kilat aku menarik tangannya dan dia cuba melepaskan tangannya. “Rash saya tak kisah kalau awak tak nak tengok muka saya tapi please dengar apa yang saya nak cakap. Rash saya nak awak ambik kotak ni dan bila awak balik nanti awak bukak ok.. please ..” kataku dengan nada yang sedih kerana air mataku sudah mengalir sambil menyerahkan kotak itu dan berlalu pergi.
       Setiba Firash dirumah dia terus masuk ke biliknya dan membuka kotak itu. Didalam kotak tu ada sebuah dvd dan sehelai nota. Firash membuka nota itu.  
      
          Firash, 
 Saya nak mintak maaf dekat awak bukan niat saya nak tipu awak tapi sejak kali pertama saya nampak gambar awak dalam fail profil pelajar Sekolah Tinggi Persendirian Oralex saya telah jatuh cinta pada awak . Saya nak sekolah dekat situ sebab awak dan saya nak dekat dengan awak tapi saya rasa semua pelajar dekat situ kenal siapa anak pemilik sekolah dan saya takut awak tak nak dekat dengan saya. Rupanya saya silap dengan cara menyamar jadi lelaki membuatkan awak makin bencikan saya setelah awak tahu perkara sebenar. Dengan ini saya ada sertakan sebuah dvd saya harap awak akan tengok dvd itu. Akhir sekali saya nak katakan minggu depan saya akan ke London untuk melanjutkan pelajaran di sana dan dengan ini saya Eriqa Zahra menyatakan yang saya sangat mencintai Firash Armand. 

 Eriqa Zahra.....

       Selepas itu Firash memasangkan dvd itu di tv di dalam biliknya dan di dalam dvd itu Eriqa sedang menyanyikan lagu Selama Ini nyanyian sebenar oleh Aaron Aziz sambil dia bermain gitar.


Selama ini dalam jiwaku
Hanya cintamu yang ku nantikan
Walau kasihku tak terjadi
Tapi hatiku hanya untukmu

Ku tahu selama ini
Hanya engkau yang bertakhta di hatiku
Biarlah ku kasih
Menyimpan semua rasa

Selagi dayaku
Doaku moga suatu masa nanti
Cintaku ini kan direstui
Biar beribu tahun ku tunggu

Tetapkanlah tempat cinta di hatinya
Ku tahu selama ini
Hanya engkau yang bertakhta di hatiku
Biarlah ku kasih

Menyimpan semua rasa
Selagi dayaku Oh
Tuhan buka kanlah hatinya
Menyintai aku seadanya

Selama ini aku menyinta
Hanya kau insan yang paling istimewa
Oh Tuhan tunjukkan padanya
Yang cinta ini miliknya selamanya
Selama ini kuterus mencuba

Biar rebut badai datang bergelora
Oh Tuhan tunjukkan padanya
Yang cinta ini miliknya selamanya

       5 tahun telah berlalu dan hari ini aku telah pulang ke Malaysia untuk melangsungkan perkahwinan dengan tunang aku pada minggu hadapan. Kami bertunang ketika aku masih belajar lagi dan aku hanya mendapat tahu dari papa bahawa aku telah ditunangkan dengan anak temannya ketika papa melawat aku di London 3 tahun yang lepas. Pada mulanya aku menolak tapi selepas papa merayu padaku akhirnya aku terima pertunangan ini dan aku juga tidak penah melihat gambar tunang aku yang aku tahu hanya nama iaitu Tengku Armand. Sekarang ni aku telah bertudung dan memang betul kata awak Rash muka saya ada mirip Tasha Manshahar sebab setiap kali saya pulang ke Malaysia masa cuti mesti ramai yang nak ambik gambar dengan saya sebab dia orang fikir saya adalah Tasya Manshahar kelakar rasanya. Firash dekat mana awak sekarang saya nak sangat jumpa awak.
        “Aku terima nikahnya Eriqa Zahra binti Zafrien dengan mas kahwinnya RM 45 ribu dibayar tunai.” Alhamdulilah dengan sekali lafaz sahaja aku sah menjadi isteri kepada suamiku. Sekarang tibalah masa untuk upacara pembatalan air wuduk . Suamiku menarungkan cincin di jariku manisku dan bila aku angkat muka untuk menatap wajahnya alangkah terkejutnya aku apa bila suami aku itu adalah Firash. “ Firash awak suami saya?” soalku dengan nada yg terketar-keter. “Ye, sayang saya suami awak.” Balas Firash sambil tersenyum.. “Tapi awakkan Ben..” belum selesaiku berkata Firash meletakan jari telunjuknya dibibirku. “Shut.. saya tak benci awak tapi saya terlalu menyintai awak.” Bisiknya kepada aku sambil mencium ubun-ubunku dan kami sama-sama tersenyum gembira.Dia juga menyatakan padaku bahawa dia rasa tertipu tapi dia tidak boleh lupakan cintaku dan dia juga terharu dengan keberanian aku menyatakan salahku dan menyanyikan lagu untuknya .Nama sebenar suamiku adalah Tengku Firash Armand bin Tengku Fariq . Akhirnya kami bahagia bersama. Apa yang saya lakukan dulu adalah because i love you Rash.