Sunday 7 September 2014

Gadis Gangster



   
 Cerpen Gadis Gangster
 



        “Hoi! Kau buta ke main langgar-langgar pulak!” jerkahku kepada seorang lelaki yang tetiba sahaja langgar aku di kafe itu. “Maaf saya tak sengaja.” Kata lelaki itu dengan nada tergagap-gagap kerana terkejut di jerkahi aku. “ Banyak kau punya tak sengaja aku punya  tercongok kat situ kau tak nampak, eh kau ni namanya nak makan penumbuk aku ni.” Kataku dengan nada yang agak tinggi kerana  terlalu marah. Bodoh punya budak buta ke apa!
   “ Rish dahlah tu jom kita pergi dari sini malulah orang tengok awak  marah budak tu.” Kata Ersya kepadaku kerana malu aku berkelakuan seperti gangster di kafe itu. Ni lagi sorang gangu je, nasib baik sepupu aku kalau tak dengan engkau – engkau aku bagi makan penumbuk aku ni. “Nasib kau selamat hari ini lain kali kalau aku jumpa kau lagi siap kau. Kau  paham tak!” Jerkahku lagi. “ Erm, baiklah dan sekali lagi maaf.” Balas lelaki itu.
     Selepas berkata begitu aku dan Ersya terus beredar dari situ dan kami pulang ke Aparment kami yang dihadiahkan oleh papa dan mamaku sempena ulang tahunku yang ke-20. “ Rish kenapa awak marah budak tadi tu kan dia tak sengaja.” Soal  Ersya tapi aku hanya buat tak endah kerana aku malas berbicara tentang hal tadi. “Erisha Iyura awak dengar tak apa saya cakap tadi?” Soal Ersya kembali kerana aku tidak menjawab apa yang disoal tadi sambil memanggil nama penuhku.  
     “ Dah memang salah dia, siapa suruh dia  langgar Erisha Iyura memang silaplah.” Kataku dengan nada yang bongkak. “ Ish, awak ni Rish, awak tu kan perempuan muka je lawa tapi perangai awak macam gangster tau tak, macam mana lelaki nak dekat dengan awak. Bila awak nak berubah.” Bebel Ersya  kerana dia memang tak suka peranggai aku yang satu ini.
    “ Dah perangai aku sejak azali lagi macam ni nak buat cam mana, kau tunggu jelah suatu hari nanti insyallah adalah lelaki nak kat aku kau jangan risaulah dan orang tu boleh cuba ubah aku atau terima aku seadanya ok..” Kataku kepada Ersya dengan panjang lebar dan aku terus berlalu masuk kedalam bilikku kerana aku sudah bosan untuk terus mendengar bebelan Ersya.
      Ersya Medina aka  Ersya ialah sepupu aku, mamanya dan papaku adalah adik beradik. Aku  dan Ersya sebaya tetapi perangai kami berbeza sangat jauh bagai langit dan bumi walaupun bergitu kami sangat rapat. Ersya seorang yang ayu bertudung dan aku berpakaian,perangai, gaya rambut dan lain-lain semuanya seperti lelaki. Sejak kecil aku dibesar macam lelaki dan aku selalu membuat aktiviti lelaki kerana papaku mahukan anak lelaki tetapi dapat perempuan sebab tu aku dibesarkan macam lelaki.
    Sedang aku berdiri di rak buku di perpustakaan baru aku sedar sudah sebulan  berlalu kejadian di cafe dan aku tidak berjumpa dengan lelaki itu lagi. Tiba-tiba hanfonku berbunyi nyaring mengeluarkan lagu penyanyi kumpulan korea yang kuminati iaitu kumpulan Boyfriend dan tanpa melengahkan masa aku terus menjawab tanpa melihat pemanggil yang tertera.
     “Hello, assalammualaikum Iyura ni mama ni.” Kata si pemangil. Dengan segera aku melihat nama pemanggil tapi tiada hanya nombor yang tertera ni mesti mama aku tukar nombor baru ni. “Erm, hello.. waalaikumussalam mama. Mama tukar nombor baru ke, kalau yura tahu memang yura tak angkat.” Jawabku kembali tapi dengan nada yang agak perlahan. “Apa kamu cakap yura?” soal mama kerana kurang mendengar apa yang aku kata kan barusan. “ Erm tak yura cakap mama tak penat ke asik tukar nombor je, pening orang  nak call mama nanti.” Balasku. “Owh, taknya lah..Mama call ni nak suruh yura kenal dengan anak kawan mama. Lagipun yura belum ada boyfriendkan.”kata mama dengan panjang lebar.
      Aku dah agak dah mesti  pasal ni yang mama call aku. “ Mama yura dah ada boyfriendlah.” Tanpa memikir panjang aku terus menjawab soalan mama. “ Ha.. biar betul kalau macam tu bawa boyfriend  kamu jumpa dengan mama.” Pinta mama.  “Eh, mamakan sekarang ada dekat London macam mana mama nak jumpa boyfriend yura.” Kataku kepada mama. “ Itu kamu tak payah risau lagi  sebulan mama dan papa akan balik Malaysia so nanti kamu jangan lupa, assalammualaikum.” Tanpa sempat  aku menjawab salam, mama terus mematikan panggilan.
       Walaupun seminggu telah berlalu kes mama telefon aku, tapi hati aku masih berasa runsing bagaimana aku ingin membawa boyfriend aku berjumpa dengan mama sedangkan boyfriend pon aku takda takkan aku nak bawa member lelaki aku jumpa mama kot confirm mama tahu sebab semua member lelaki aku mama kenal.
      “Ersya macam mana ni lagi 3 minggu lebih je mama dengan papa aku nak balik dari London kalau aku tak bawa boyfriend aku jumpa mama confirm mama aku terus paksa aku kahwin  dengan anak kawan dia tu ,macamlah kau tak  kenal mama aku kan.” Kataku dengan perasaan yang sedikit bimbang. Kalaulah betul mama aku buat macam tu mahu haru hidup aku .“Apa susah awak carilah sesiapa yang sudi menyamar jadi teman lelaki  awak .” Balas Ersya memberi cadangan untuk aku.
       “Ha! Gilalah siapa je yang sudi nak menyamar jadi teman lelaki aku.” Kataku kepada Ersya dengan nada yang agak tinggi kerana terkejut dengan idea yang diberikan olehnya. Adoi ai, takkan aku nak buat macam tu kot, tapi kalau aku tak buat habislah aku.
    Sedang aku berbaring didalam bilikku sambil memikir cara menyelesaikan masalah yang timbul tiba-tiba telefonku berbunyi menandakan ada sms yang masuk. Tanpa melenggahkan masa terus membuka sms dan membacanya.“ Hai dear, kau tengah buat ape to? ” soal si pengirim. “Erm..aku tengah berfikir. Asal?” balasku.“ ok,teruskan berfikir tapi esok kau kena jumpa aku dekat cafe Universiti ok.” Balas Qayy.
      Qayy atau nama sebenarnya Qayyum Zahrin ialah anak kepada abang mamaku dan dia juga adalah abang susuanku kerana selepas dia dilahirkan mama dia terus meninggal kerana kehilangan banyak darah dan pada ketika itu mamaku baru saja keguguran  kakakku pada usia kandungan mencecah 4 bulan.
     “Hai dear, kenapa  muka macam cengkodok penyek je ni.” Kata Qayy sambil ketawa.  Eh budak ni kang ada yang jadi macam cengkodok nanti. “Eh, Qayy aku tengah pening ni kang ada yang makan kaki ni.” Kataku sambil menggangkat kakiku sedikit tinggi. “Relaxlah yura cuba kau cerita apa yang buat sayang aku ni pening kepala.”
   “hari tu  mama ada call aku dia suruh aku kenal dengan anak kawan dia so aku tak fikir panjang terus jawab aku dah ada boyfriend.” Terangku dengan panjang lebar. “ So mama suruh kau kenal dengan anak kawan dia. Huh, nasib.” Balas Qayy. Eh, dia ni bukan nak jalan penyelesaian tapi jalan pergaduhan. “ Weh tolonglah aku tengah tension ni.” Luahku. “Erm, apa kata kalau kau suruh someone menyamar jadi boyfriend kau.”Cadangnya.
      “Cakap senanglah tapi siapa yang nak menyamar jadi boyfriend aku tu!” Kataku dengan nada yang sedikit kuat. “Sabarlah yura, aku rasa aku dah jumpa orang tu.” Katanya sambil menunding jari kearah sorang lelaki yang sedang duduk dibangku kafe. Mataku juga terarah ke tempat yang ditunjukan. “Huyo, bio betul kau nie Qayy.” Soalku sambil mulutku sedikit terganga. Alamak, hansome siot dak ni aku yang tomboy nie pon leh jatuh cinta ni.
     “Eh, betullah apa tak betulnya. Aku tengok ok apa dak ni.” Kata Qayy lagi. “Ish, memehlah ok tapi nak kew dia ni menyamar jadi boyfriend aku?” Kalau jadi laki aku pun ok gak muka dia macam No Minwoo tu sapa tak nak. “Belum cuba belom tau cuba kau pergi tanya.”  Ala, aku yang kena tanya ke. Tanpa melenggahkan masa aku terus bangun dan pergi ke arah budak  itu.
     “Hai, nama saya Erisha Iyura.” Kataku sambil menghulurkan salam dan budak lelaki itu hanya memandang sepi huluran salam aku. Ish, budak ni kerek lak aku nak kenal dia boleh buat tak tahu je. “Nama awak apa?” Soalku sambil tersenyum. “Hey, perlu ke awak tahu nama saya.” Katanya sambil tersenyum sinis. “ Perlulah sebab saya nak awak jadi boyfriend saya.” Kataku lagi.
      “Minah tomboy macam awak layak ke jadi girlfriend saya.” Perh ayat makan dalam seh. Dengan muka yang benggang aku terus berlalu dari situ dan pergi ke meja aku tadi. “Erm, cam ne dapat tak?” Soal Qayy sambil tersenyum. Eh, mamat ni boleh pulak die senyum, dah lah aku kena sindir. “Dahlah aku malaslah nak cite.” Balasku dan aku terus bangun untuk berlalu pergi dari situ.
      Sebulan telah berlalu dan hari ini mama dan papaku akan pulang ke Malaysia. Aku, Ersya dan Qayy pergi ke Lapangan Terbang untuk menjemput papa dan mamaku. “ Hai, my dear how are you?” soal mama. “Erm, yura sihat je. Mama dengan papa cam ne sihat tak.” Soalku berbasa- basi sebab takut kalau mama tanya pasal pakwe je.
     “Mama dengan papa sihat. So mana boyfriend yura yang nak tunjuk kat mama dengan papa tu?” Soal mama. Hadoi, bala betul aku baru terfikir mama dah tanya aku nak jawab apa ni. Aku terus pandang muka Ersya dan Qayy tapi dua-dua buat muka mintak penampar sabar jelah.
     “Ha, boyfriend ma. Erm..” aku dah tak tahu nak kata apa lagi. “Mama dah agak dah yura mesti bohong mamakan.” Kata mama sambil tersenyum tapi senyum ada makna . Apa mama nak buat ni janganlah dia cakap nak kahwinkan aku pulak.
      “yura mama dan papa dah fikir masak-masak kami nak kahwinkan yura dengan anak kawan mama tu and no excuse ok.” Terang mama dan di atas keterangan mama tu telah membuat mulutku terlopong. Oh, tidak !!!
     Hari ini merupakan hari perkahwinan aku dengan lelaki yang aku tak kenal dan yang aku tahu namanya ialah Arash. Huh, sampai hati mama kahwinkan anak mama ni dengan tah mamat manalah. Entah- entah muka dia macam  mamat bangla tak. Hui, takutlah tapi kalau macam No Minwoo takpe gak. tapi mana ada Minwoo lagi kat Malaysia ni yang aku jumpa hari tu pun reject cam tu je.
    “Rish dah siap tu jom turun bawah akad nikah dah nak mula ni.” Kata Ersya. Erm, bismillah jelah. Setelah aku tiba di bawah tok kadi menghampiriku untuk aku menandatangani surat nikah. Aku dapat tengok bakal suami aku tapi dari belakang jelah.
     “Aku terima nikahnya Erisha Ixura Binti Erfan dengan mas kahwinnya RM10 ribu di bayar tunai.” Sekarang tibalah upacara pembatalan air sembahyang. “Assalammualaikum isteri abang.” Kata suamiku. Aku hanya jawab dalam hati aja.  Ersya di sebelahku telah menolak-nolak bahuku.
       Setelah lama aku berdiam diri akhirnya aku mendongakkan kepala untuk melihat suamiku dan tiba-tiba aku dilanda satu perasaan iaitu perasaan terkejut. Alamak cam ne budak muka cam Minwoo ni boleh jadi laki aku, kew aku ni salah pandang. Aku terus memandang suamiku tanpa kata seperti baru melihat sesuatu yang pelik.
     “Sayang jangan tengok abang macam tu malulah depan orang ni.” Kata-kata suamiku menyedarkan aku dari terus memandang wajahnya. Aku  tengok muka dia dah macam udang kena bakar, merah hahaha dan aku tengok sekeliling semua orang memandangku sambil tersenyum-senyum dan akhir sekali aku pun sama jadi malu. Baru hari pertama kahwin aku dan buat perangai pelik.
       “Eh, peliklah hari tu awak reject saya jadi girlfriend awak dan tetiba hari ni kita dah kahwin. Sebenarnya awak nak apa dari saya ni?” Soalku kepada suamiku yang baru menikahiku tadi, ketika kami berduaan didalam bilik. “Sayang apa yang nak di pelikkan . Abangkan dah jadi suami sayang. Hari tu abang tolak sayang daripada jadi girlfriend abang pasal  abang nak yura jadi isteri bukan  jadi girlfriend abang.” Terang suamiku.
       “Owh, macam mana awak tahu yang saya bakal jadi isteri awak dan saya rasa macam penahlah tengok muka awak ni.” Kataku. “Sebenarnya mula-mula mama abang yang paksa abang kahwin dengan anak kawan  dia iaitu yuralah sebab mama kata perangai yura macam gangster bila abang dengar macam tu lagilah abang tak nak, tapi lepas tu mama ada tunjuk gambar yura kat abang dan abang terus jatuh cinta kat yura. Mestilah yura pernah tengok abang sebab masa tu abang ada terlangar yura kat kafe. yura ingat tak?”
       Ha, jadi dialah budak yang aku marah dulu omg. “Awak ni pelajar kat universiti yang sama dengan  saya ke tapi saya rasa saya baru nampak awak dua kali?” Soalku. Eh, tak pernah dibuat orang malam pertama mengadakan sesi soal jawab. “Taklah sebenarnya abang saja je datang universiti tempat yura belajar tu sebab nak tengok yura lah. Tapi  tak sangka pulak boleh jumpa yura  kat kafe dan abang sengaja langgar yura sebab abang  nak tengok yura punya gangster.” Terangnya sambil ketawa.
      “Abang juga nak yura tahu yang Qayy tu kawan baik abang masa kat university dulu dan bila kami great kami tak da jumpa lagi sampailah abang jumpa dia kat kafe dengan yura. Lepas yura pergi dari kafe tu kami terus berborak, abang tak sangka yang Qayy tu ada adik secantik yura dan abang cerita semuanya kat Qayy.” Terangnya sambil tersenyum.
     “ Jadi awak tak kisahlah ada isteri yang perangai seperti gangster.” Soalku. “Sayang bila abang nak memperisterikan sayang maknanya abang sudi terima segala kekurangan dan kelebihan dan abang juga akan berusaha merubah sayang walaupun hanya sedikit ok.” Balasnya.
      “ Terima kasih abang sebab sudi terima yura seadanya. yura pon nak abang tahu yang  sebenarnya yura dah jatuh cinta kat abang masa kita jumpa kat kafe hari tu.” Luahku sambil tersenyum malu. “Tak sangka yang yura boleh jatuh cinta kat abang. I love you sayang. Jom kita tidur abang ngantuklah dari tadi asik buat sesi soal jawab ni.”luahnya sambil tersenyum dan menarikku dalam pelukkannya. Malam itu kami bersama-sama melayari bahtera perkahwinan bersama-sama.
       10 Tahun Kemudian
      “ Sekali lagi aku nampak kau usik Erax kucing aku, aku belasah kau cukup-cukup faham.” Jerkah seorang budak perempuan kepada seorang budak lelaki. “Sayang” aku merasa ada seseorang memelukku dari belakang ketika aku di taman di hadapan rumahku dan aku hanya tersenyum. “ Sayang tengah tengok apa tu.” Soal Araynn Arash iaitu suami tercintaku. “Tu tengok apa yang yuna tengah buat.” Balasku sambil menunjuk kearah yang di maksudkan.
     Yuna atau nama penuhnya ialah Eriqa Iyuna  adalah hasil daripada perkahwinan kami.                               “Erm, perangai macam mama dia jugak ni mesti keturun ni.”Kata Rash sambil tersenyum dan terus melarikan diri. “Ish, jahatlah abang ni.” kataku sambil mula mengejarnya. “Papa dengan mama kalau nak main kejar-kejar bukan depan yuna ok.” Kata anakku. Aku dan suami berhenti daripada adegan kejar mengejar dan kami semua gelak dengan gembira bersama-sama. Sayang, mama harap adalah  orang macam papa yang sanggup memperisterikan kamu.